Pages

Bercintalah Pada Landasan Cinta Yang Sebenar-benarnya..

=3 scrolldelay=48 height=631 style='position:absolute; left:85%; top:5px; width:15; height:631px;'>

Friday 13 July 2012

~ Kau Pergi ~

Hidupku kini bagaikan tiada bererti
Tanpa engkau disampingku
Siang dan malam ku merindukan
Wajahmu selalu terbayang di ruangan mindaku

Ku terkenang masa lalu..
Saat engkau masih berada disisiku
Sungguh,
Tak pernah aku menyangka semua ini 
Telah pun terjadi dalam hidupku
Kau pergi....

Sayang...
Dimanakah kini engkau berada
Ingatlah akan daku
Yang menangis selalu menantimu
Kerana aku cinta padamu..

~ Sebuah Kerinduan ~

Kasih...
Dimanakah harusku mencari dirimu 
Sebagai penggantimu didunia ini
Telah ku cuba wahai sayang
Melupakan semua kenangan bersamamu
Namun semakin terasa rindu dikalbu
Akan belaian kasih sayangmu
Kini.. semua telah pun berlalu

Tak terasa olehku
Semua ini begitu pantas berlalu
Mengapakah tiada lama kau berada disisiku
Sungguh aku rindu akan dikau
Dan semua kasih sayangmu
Datanglah kekasih walaupun dalam mimpi
Agar hilang segala rindu dihati
Sayang... aku rindu padamu

Wednesday 11 July 2012

~ Sayang ~

Sayang...
Janganlah kau bersedih
Janganlah kau kenangkan yang telah lalu
Ingatlah kini diriku ada disampingmu
Ku menanti kau selalu dalam hidupku




Sayang...
Saat ini kau tiada lagi
Kau kembali pada dirinya
Tinggallah daku hanya seorang diri
Cinta bersemi dihatimu untuknya


Tahukah kau kasih..
Aku menangis menunggu kehadiranmu
Walaupun hanya dalam mimpi
Ia tetap berseri dan mewangi..
Sentiasa mengharumi taman hatiku

Thursday 5 July 2012

- Saat Mengenalimu -


Kehadiranmu memberikan nafas baru kepadaku
Kau mampu menenangkan hatiku yang gundah
Kau juga mampu menjadi penyejuk jiwaku
Kelembutan sikapmu mampu mencairkan sukma
Tutur katamu yang lembut pula menjadikan aku terbuai syahdu
Ketulusan cintamu amat membahagiakan

Mengingatimu menghiburkan dalam khayalan
Berada disampingmu memberikan kedamaian
Kegundahan hati perlahan-lahan pergi
Meninggalkan kegembiraan pada diriku
Itu semua kerana dirimu

Kini, dirimu selalu mengisi kekosongan jiwaku
Dirimu selalu mewarnai dan menceriakan hidupku
Semangat dan kepercayaan kembali berputik dalam diriku
Walaupun aku tidak pernah menyangka kehadiranmu tapi…
Saat ini, bahagia menghiasi diari hidupku sejak mengenalimu…

~ Teristimewa Untukmu ~

Alhamdulillah..
Bersyukur aku kepada Allah
Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya
Dia mengizinkan aku bertemu denganmu
Berkenalan dan mengetahui siapakah dirimu
Kini, kaulah sahabatku...
Seorang insan yang berhati mulia dan ikhlas
Ku tahu kau seorang pejuang agama Allah SWT


Awak...
Teruskan usahamu di jalan Allah
Itulah matlamat hidup kita
Aku tahu, kau memiliki nurani yang kuat
Tabah menghadapi rintangan duniawi
Hatimu teguh dan yakin akan janji Allah 
Pada hamba yang selalu taat pada perintah-Nya


Awak...
Terima kasih kerana mengingatkan aku
Sesuatu kewajipan dalam agama Allah
Aku perlukan itu untuk melengkapkan peribadiku
Aku akui masih cetek tentang ilmu ukhrawi
Harapanku dengan kehadiranmu dalam hidupku
Membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan
Yang akan selalu mewarnai waktuku 
Disaat susah dan senang...


Awak...
Semoga hubungan kita ini
Sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah
Dijauhi daripada fitnah dan keburukan
Dihiasi dengan kejujuran dan keikhlasan
Suatu saat nanti, kunantikan keajaiban
Moga kebaikan senantiasa menyebelahi kita
InsyaAllah.... <3

Wednesday 4 July 2012

~ Kehilanganmu lagi... ~

Petang kian melabuhkan layarnya..
Hujan renyai yang menitik 
Membuatkan hati semakin terasa syahdu..
Terusik bersama anganku yang kelam
Asyik terimbau kenangan bersamamu..
Tatkala aku merindui sinar kebahagiaan..
Ku kecapi ia walaupun hanya seketika..


Sedih hati ini hanya Allah yang menngetahui 
Kalbu ku berbisik.. Redha lah wahai nurani..
Mungkin bukan dia yang terbaik untukku..
Sedarlah...
Sesungguhnya Allah Maha adil atas segala sesuatu..
Kadangkala mindaku ligat berfikir...
Ku rasakan dia terbaik bagiku..
Tetapi, mengapa seringkali aku lupa..
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagiku..
Ampunkanlah aku ya Allah..
Kerdilnya diriku dihadapan-Mu..
Agungnya kekuasaan-Mu..


Sukmaku.. mengapa terpaut hati padanya..
Seorang insan yang bergelar lelaki..
Insan yang benar-benar membuatku terlena
Cukupkah sudah aku menjaga pandangan
Agar tidak tertipu keindahan duniawi yang sementara..
Terpedayakah dengan godaan syaitan yang menyesatkan...
Semoga hatiku dijauhi daripada belaian zina hati..
Akan ku cuba mengawalnya dengan sepenuh kudratku


Ketika ini aku...
Terkenang kembali detik masa lalu..
Saat melihat dirimu bersama teman lain..
Astagfirullah... maafkan aku..
Ya.. mungkin aku cemburu..
Sukarnya untukku menepis rasa ini
Pelik tapi ia mustahil...
Sesekali tidak akanku benarkan..
Hatiku jatuh cinta lagi padamu
Setelah kau membuang aku dari hidupmu


Walaupun kini kau jauh dariku..
Maafkan aku kerana tidak mampu
Membohongi hati dan perasaan..
Bahawa aku masih terlalu menyayangi mu..
Sayang ini masih melebihi dari sayang seorang teman..
Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka ianya wujud..
Apatah lagi untuk meminta ianya hadir kembali...
Aku akan cuba untuk menepisnya pergi jauh dari hatiku..
Semoga lapang dadaku menerima semua ini..insyaAllah...

Biarlah, sakit ini aku tanggung sendiri..
Benarlah kata kawan lamaku..
Berterima kasihlah padanya..
Kerana dia yang memperkenalkanku..
Makna kasih sayang dan mungkin juga cinta..
Tapi ingat, jangan melebihi cinta pada Allah SWT..



Kini, aku berfikir untuk tidak akan mengatakan apa-apa lagi
Cukuplah apa yang pernah berlaku..
Mungkin cerita kita tamat hingga tahap ini
Biarlah kisah ini menjadi kenangan dalam hidupku
Semoga hari-hari yang mendatang tidak akan menyakitkan hatimu
InsyaAllah.. Doaku agar kau bahagia dengan caramu..
Tidak ada apa yang mampu diubah lagi...
Memang, aku akui..sakit kehilanganmu...
Aku rela pergi dengan hati yang ikhlas...
Semoga Allah menjadikan hatiku redha
Dengan segala ketentuan takdir-Nya...

~ Kau Idolaku ~

Sayang..
Hadirmu disisiku bersama senyuman indah
Terlukis tampan wajah penyejuk hati..
Kau menjadi impian kalbu ku
Kau lah idola masa depanku...
Memimpinku ke jalan yang diredhai Allah swt..


Mengimbau kenangan indah menyentuh hati
Ku layarkan bersama kerinduan di lautan kasih..
Masih segar diingatanku saat kemesraan berputik
Kehadiranmu membawa sumber cahaya inspirasi buatku...


Seandainya engkau mengerti apa yang berlagu dihatiku
Mampu mentafsirkan tiap bait ayat yang bergema...
Dapat merasai rahsia cinta yang terukir
Setelah sekian lama terpendam..
InsyaAllah... kaulah pemilik cintaku
Setelah cintaku kepada Allah dan Rasul...


Sesungguhnya..
Menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya
Sentiasa menjaga kesucian cinta sebagai fitrah indah manusia
Semoga dengan rahmat dan redha ilahi..
Cinta antara kita akan mekar..
Hingga sampai ke Syurga kelak...

Tuesday 3 July 2012

Nurani Yang Terluka

Pekatnya malam semakin larut...
Namun mata ini tak mahu terpejam jua
Seringkali bayang wajahmu hadir
Menghiasi kotak mindaku yang sunyi..
Kecewa merantai jiwa yang remuk

Terkedu hati ini merindui akan dirimu
Tak sanggup rasanya untuk melewati waktu ku
Membayangkan setiap langkahku tanpamu disisi
Walaupun kini hanyalah bayangan
Bermain dimata dan mengusik kalbuku
Akan ku gagahi dan didik sukma ini dengan sabar

Setitik demi setitik..
Airmata bening telah membasahi pipiku
Wajahku semakin sendu dan pilu
Jika kau mahu mengerti...
Pandanglah pada sudut mataku
Terlihat jelas harapan dan impian kebahagiaan
Biarpun bibirku tersenyum mesra
Namun tersimpan sejuta luka
Terpendam di lubuk hati yang terdalam..

Tahukah engkau..
Cinta ini bukanlah kata murahan
Yang dijadikan lumrah untuk dituturkan
Cinta adalah anugerah tuhan..
Tidak ternilai keindahan dan kesuciannya..
Mengapa tidak kau menilainya???

Ya..kita bercinta memang mudah
Untuk dicintai juga memang mudah
Tapi...kini aku sedar..
Untuk mendapatkan cinta daripada orang yang dicintai
Itulah cinta yang terlalu sukar untukku perolehi..

Andai saja aku tahu..
Kehadiran cintamu yang dulu
Sekadar untuk mengecewakan hatiku
Adalah lebih baik kiranya aku tidak membalasnya
Apa lagi untuk menerima hadirnya cintamu
Yang mengundang sakitnya hati ini
Tiap kali memandangmu....



Thursday 28 June 2012

~ Hembusan Nafas Cinta ~


08 November 2011
Tarikh yang amat membahagiakan bagiku..
Saat itu kau telah meluahkan rasa hatimu terhadapku
Saat itu terungkailah segala yang tersimpan dikalbu
Indahnya dunia bagaikan kita berdua yang punya
Sesuatu yang belum pernah ku rasai selama ini..

Sayang, ketahuilah...
Pintu hatiku telah berjaya kau buka
Kuncinya telah kau curi dariku.. hingga..
Perasaan yang terpancar itu memberikan semangat kepadaku
Tiap hari yang kulalui menjadikan aku lebih gembira
Melakarkan kenangan manis bersamamu
Hembusan nafas cinta kita menjadikanku kuat
Adakah ini salah untuk kita??

Sayang..
Mengapa kau lahirkan apa yang terpahat dihatimu
Mengapa tidak kau pendam saja rahsia sukma mu
Seperti mulanya aku yang sentiasa mencintaimu dalam diam
Mungkin kita silap, mencurahkan rasa kasih dan sayang
Pada waktu yang belum tepat..

Jika ketika ini kau ingin meninggalkan aku
Jika hari ini kau ingin menghancurkan hatiku
Jika saat ini kau ingin mengecewakanku
Mengapa tidak kau fikirkan sejak dulu..
Mengapa dulu kau kata telah berfikir masak-masak
Tentang hubungan kita yang diimpikan berpanjangan..
Kini, tidak seindah mimpi yang ku bayangkan

Kasih..
Kau yang kuimpikan sebagai ketua dalam hidupku
Menjadi teman dan penghibur dalam suka dan duka
Adakah akan menjadi sebuah kenyataan??
Atau hanya mainan yang beraja di hatiku..
Aku hanya mampu berdoa dan meminta yang terbaik dari Allah
Semoga diberikan ketenangan pada kepingan hati ini
Menerima segala takdir yang ditentukan oleh-Nya
Akan ku simpan cinta ini hanya untuk yang berhak
insyaAllah... ampunkan aku ya Rabb..

Monday 25 June 2012

Cintaku Padamu



Hatiku yang jernih..
Hanya inginkan cinta yang suci..
Suatu ketika dahulu.. pernah aku kecewa kerana cinta
Namun, mengapa kini kau mudah hadir dikamar hatiku..
Dan sering...terjaga dalam mimpi indah
Yang penuh bermakna...

Kau punya mata yang cantik dan lembut..
Kau juga punya hati yang memahami..
Jika masih ada ruang untukku..
Sudikah engkau...
Mengizinkan aku untuk datang mengisinya..
Menemani hari-harimu yang indah...
Melayari bahtera cinta tulus suci...

Aku tahu kau akan mengerti
Dalam malam yang kelam
Dan angin yang berhembus dingin..
Hati gadisku yang begitu sunyi..
Hilangkanlah segala lara yang merantai jiwaku..
Ucapkan selamat tinggal pada masa duka..
Dengan linangan air mata yang mengalir sama...