Kehadiranmu
memberikan nafas baru kepadaku
Kau mampu
menenangkan hatiku yang gundah
Kau juga mampu
menjadi penyejuk jiwaku
Kelembutan sikapmu
mampu mencairkan sukma
Tutur katamu yang
lembut pula menjadikan aku terbuai syahdu
Ketulusan cintamu
amat membahagiakan
Mengingatimu menghiburkan
dalam khayalan
Berada disampingmu
memberikan kedamaian
Kegundahan hati
perlahan-lahan pergi
Meninggalkan kegembiraan
pada diriku
Itu semua kerana
dirimu
Kini, dirimu selalu
mengisi kekosongan jiwaku
Dirimu selalu
mewarnai dan menceriakan hidupku
Semangat dan
kepercayaan kembali berputik dalam diriku
Walaupun aku tidak
pernah menyangka kehadiranmu tapi…
Saat ini, bahagia
menghiasi diari hidupku sejak mengenalimu…
No comments:
Post a Comment