Petang kian melabuhkan layarnya..
Hujan renyai yang menitik
Membuatkan hati semakin terasa syahdu..
Terusik bersama anganku yang kelam
Asyik terimbau kenangan bersamamu..
Tatkala aku merindui sinar kebahagiaan..
Ku kecapi ia walaupun hanya seketika..
Sedih hati ini hanya Allah yang menngetahui
Kalbu ku berbisik.. Redha lah wahai nurani..
Mungkin bukan dia yang terbaik untukku..
Sedarlah...
Sesungguhnya Allah Maha adil atas segala sesuatu..
Kadangkala mindaku ligat berfikir...
Ku rasakan dia terbaik bagiku..
Tetapi, mengapa seringkali aku lupa..
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagiku..
Ampunkanlah aku ya Allah..
Kerdilnya diriku dihadapan-Mu..
Agungnya kekuasaan-Mu..
Sukmaku.. mengapa terpaut hati padanya..
Seorang insan yang bergelar lelaki..
Insan yang benar-benar membuatku terlena
Cukupkah sudah aku menjaga pandangan
Agar tidak tertipu keindahan duniawi yang sementara..
Terpedayakah dengan godaan syaitan yang menyesatkan...
Semoga hatiku dijauhi daripada belaian zina hati..
Akan ku cuba mengawalnya dengan sepenuh kudratku
Ketika ini aku...
Terkenang kembali detik masa lalu..
Saat melihat dirimu bersama teman lain..
Astagfirullah... maafkan aku..
Ya.. mungkin aku cemburu..
Sukarnya untukku menepis rasa ini
Pelik tapi ia mustahil...
Sesekali tidak akanku benarkan..
Hatiku jatuh cinta lagi padamu
Setelah kau membuang aku dari hidupmu
Walaupun kini kau jauh dariku..
Maafkan aku kerana tidak mampu
Membohongi hati dan perasaan..
Bahawa aku masih terlalu menyayangi mu..
Sayang ini masih melebihi dari sayang seorang teman..
Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka ianya wujud..
Apatah lagi untuk meminta ianya hadir kembali...
Aku akan cuba untuk menepisnya pergi jauh dari hatiku..
Semoga lapang dadaku menerima semua ini..insyaAllah...
Biarlah, sakit ini aku tanggung sendiri..
Benarlah kata kawan lamaku..
Berterima kasihlah padanya..
Kerana dia yang memperkenalkanku..
Makna kasih sayang dan mungkin juga cinta..
Tapi ingat, jangan melebihi cinta pada Allah SWT..
Kini, aku berfikir untuk tidak akan mengatakan apa-apa lagi
Cukuplah apa yang pernah berlaku..
Mungkin cerita kita tamat hingga tahap ini
Biarlah kisah ini menjadi kenangan dalam hidupku
Semoga hari-hari yang mendatang tidak akan menyakitkan hatimu
InsyaAllah.. Doaku agar kau bahagia dengan caramu..
Tidak ada apa yang mampu diubah lagi...
Memang, aku akui..sakit kehilanganmu...
Aku rela pergi dengan hati yang ikhlas...
Semoga Allah menjadikan hatiku redha
Dengan segala ketentuan takdir-Nya...
No comments:
Post a Comment