Pages

Bercintalah Pada Landasan Cinta Yang Sebenar-benarnya..

=3 scrolldelay=48 height=631 style='position:absolute; left:85%; top:5px; width:15; height:631px;'>

Tuesday, 3 July 2012

Nurani Yang Terluka

Pekatnya malam semakin larut...
Namun mata ini tak mahu terpejam jua
Seringkali bayang wajahmu hadir
Menghiasi kotak mindaku yang sunyi..
Kecewa merantai jiwa yang remuk

Terkedu hati ini merindui akan dirimu
Tak sanggup rasanya untuk melewati waktu ku
Membayangkan setiap langkahku tanpamu disisi
Walaupun kini hanyalah bayangan
Bermain dimata dan mengusik kalbuku
Akan ku gagahi dan didik sukma ini dengan sabar

Setitik demi setitik..
Airmata bening telah membasahi pipiku
Wajahku semakin sendu dan pilu
Jika kau mahu mengerti...
Pandanglah pada sudut mataku
Terlihat jelas harapan dan impian kebahagiaan
Biarpun bibirku tersenyum mesra
Namun tersimpan sejuta luka
Terpendam di lubuk hati yang terdalam..

Tahukah engkau..
Cinta ini bukanlah kata murahan
Yang dijadikan lumrah untuk dituturkan
Cinta adalah anugerah tuhan..
Tidak ternilai keindahan dan kesuciannya..
Mengapa tidak kau menilainya???

Ya..kita bercinta memang mudah
Untuk dicintai juga memang mudah
Tapi...kini aku sedar..
Untuk mendapatkan cinta daripada orang yang dicintai
Itulah cinta yang terlalu sukar untukku perolehi..

Andai saja aku tahu..
Kehadiran cintamu yang dulu
Sekadar untuk mengecewakan hatiku
Adalah lebih baik kiranya aku tidak membalasnya
Apa lagi untuk menerima hadirnya cintamu
Yang mengundang sakitnya hati ini
Tiap kali memandangmu....



Thursday, 28 June 2012

~ Hembusan Nafas Cinta ~


08 November 2011
Tarikh yang amat membahagiakan bagiku..
Saat itu kau telah meluahkan rasa hatimu terhadapku
Saat itu terungkailah segala yang tersimpan dikalbu
Indahnya dunia bagaikan kita berdua yang punya
Sesuatu yang belum pernah ku rasai selama ini..

Sayang, ketahuilah...
Pintu hatiku telah berjaya kau buka
Kuncinya telah kau curi dariku.. hingga..
Perasaan yang terpancar itu memberikan semangat kepadaku
Tiap hari yang kulalui menjadikan aku lebih gembira
Melakarkan kenangan manis bersamamu
Hembusan nafas cinta kita menjadikanku kuat
Adakah ini salah untuk kita??

Sayang..
Mengapa kau lahirkan apa yang terpahat dihatimu
Mengapa tidak kau pendam saja rahsia sukma mu
Seperti mulanya aku yang sentiasa mencintaimu dalam diam
Mungkin kita silap, mencurahkan rasa kasih dan sayang
Pada waktu yang belum tepat..

Jika ketika ini kau ingin meninggalkan aku
Jika hari ini kau ingin menghancurkan hatiku
Jika saat ini kau ingin mengecewakanku
Mengapa tidak kau fikirkan sejak dulu..
Mengapa dulu kau kata telah berfikir masak-masak
Tentang hubungan kita yang diimpikan berpanjangan..
Kini, tidak seindah mimpi yang ku bayangkan

Kasih..
Kau yang kuimpikan sebagai ketua dalam hidupku
Menjadi teman dan penghibur dalam suka dan duka
Adakah akan menjadi sebuah kenyataan??
Atau hanya mainan yang beraja di hatiku..
Aku hanya mampu berdoa dan meminta yang terbaik dari Allah
Semoga diberikan ketenangan pada kepingan hati ini
Menerima segala takdir yang ditentukan oleh-Nya
Akan ku simpan cinta ini hanya untuk yang berhak
insyaAllah... ampunkan aku ya Rabb..

Monday, 25 June 2012

Cintaku Padamu



Hatiku yang jernih..
Hanya inginkan cinta yang suci..
Suatu ketika dahulu.. pernah aku kecewa kerana cinta
Namun, mengapa kini kau mudah hadir dikamar hatiku..
Dan sering...terjaga dalam mimpi indah
Yang penuh bermakna...

Kau punya mata yang cantik dan lembut..
Kau juga punya hati yang memahami..
Jika masih ada ruang untukku..
Sudikah engkau...
Mengizinkan aku untuk datang mengisinya..
Menemani hari-harimu yang indah...
Melayari bahtera cinta tulus suci...

Aku tahu kau akan mengerti
Dalam malam yang kelam
Dan angin yang berhembus dingin..
Hati gadisku yang begitu sunyi..
Hilangkanlah segala lara yang merantai jiwaku..
Ucapkan selamat tinggal pada masa duka..
Dengan linangan air mata yang mengalir sama...